Pada tanggal 10 September 2019 yang lalu, saya telah berjaya melaksanakan Ujian Segak dan Bleep Test bagi subjek GKK 1043 dan tugasan blog bagi GKB 1053. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah subjek GKK 1043 iaitu En Ang Bong Soon dan pensyarah pensyarah GKB1053 Encik Roseli bin Mat Nor kerana telah banyak membantu saya dalam melaksanakan kerja kursus ini. Saya amat bersyukur kepada Ilahi kerana telah meberi kekuatan dari segi mental dan fizikal semasa melaksanakan ujian ini. Objektif SEGAK ialah menilai dan mengukur tahap kecergasan fizikal para siswa dan siswazah pelatih guru dan merupakan ujian amali bagi subjek Generik Kesihatan dan Kecergasan. Antara unit yang terlibat dalam Ujian Segak dan Bleep test ini termasuklah unit PSV 1,PSV 2, BM 1, PAI 1, PAI 6 dan TESL 2. Ujian ini berlangsung di Dewan Al-Farabi. Saya berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjalankan ujian ini serta organisasi-organisasi yang menguruskan perjalanan ujian termasuk jawatankuasa bagi setiap unit. Sebagai contoh, ajk senamrobik, pengelola, peralatan dan ajk bagi setiap stesen SEGAK. Ujian ini bermula dari jam 8 pagi hinggal 11 pagi. Sebagai mana yang kita tahu, setiap ujian ini memmerlukan persedian dari segi peralatan, persiapan dewan, susun atur setiap stesen dan juga mental dan fizikal bagi setiap siswa guru yang terlibat.
Antara Konstruk yang diukur :
- Perkembangan fizikal
- Kecergasan
- Senaman
Tepat jam pukul 8 pagi, semua siswa guru berkumpul di Dewan Al-Farabi dan majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil dari PAI 1. Kemudian, Unit PSV 1 mengendalikan senam aerobik.
Pada ujian pre, catatan BMI saya ialah 23.2 yang terdiri daripada berat badan dan ketinggian iaitu 52.2 kg dan 150 cm. Manakala bagi ujian post, catatan BMI saya menurun kepada 21.9 dengan berat 52.1kg dan tinggi 154 cm. Hal ini berlaku kerana selepas saya mendapat skor berat badan saya pada ujian pre saya berazam untuk menurunkan berat badan saya. Walaupun penurunan hanya sebanyak 0.1 kg saya berasa lega kerana dapat menurunkan berat saya. Saya selalu melakukan aktiviti larian di padang pada waktu petang bersama rakan-rakan saya. Saya juga menjaga cara pemakanan saya dengan mengambil sayur-sayuran dan mengikut piramid makanan.
Bagi ujian Segak stesen ke 5 iaitu naik turun bangku. Ujian naik turun bangku ini bertujuan untuk mengukur daya tahan kardiovaskular. Ujian ini memerlukan bangku berukuran 1 kaki ketinggiannya, jam randik dan metronom 96 detik seminit. Denyutan nadi dalam seminit saya pada ujian pre ialah 120 dan meningkat kepada 130 .
Bagi ujian jangkauan melunjur pada pre saya memperoleh 33cm dan meningkat pada ujian post iaitu 36cm. Skor saya meningkat sebnayak 3cm kerana peningkatan fleksibiliti bahagian bawah belakang badan otot hamstring. Hal ini kerana saya sering melakukan senaman regangan semasa berada dalam kelapangan.
Seterusnya, stesen ketiga ialah stesen tekan tubi. Catatan tekan tubi bagi ujiam pre saya ialah 25 kali manakala ujian pada ujian post saya meingkat iaitu 40 kali. Hal ini kerana daya tahan otot tangan dan bahu saya lebih peka dengan berat yang ditampung semasa melakukan uian ini.
Kemudian, stesen seterusnya ialah stesen ringkuk tubi separa. Sebelum ini, markah yang diperoleh ialah 25 kali manalaka pada ujian post saya mendapat sebanyak 26 kali. Skor saya meningkat kerana kekuatan daya tahan dan kekuatan otot abdomen saya yang semakin hari semakin bertambah baik.
Akhir sekali ialah Ujian BLEEP. Jarak dari titik mula sehingga titik akhir iala 20 meter. pada ujian pre saya memperoleh skor sehingga Level 3 , Round 3. Manakala bagi ujian post skor saya meningkat kepada Level 3 , Round 7. Saya rasa amat bersyukur kerana senaman dan latihan saya pada setiap petang membuahkan hasil. Walaupun tidak banyak namun masih ada peningkatannya.
No comments:
Post a Comment